Kerahsiaan

“Capaian ke perkhidmatan yang terdapat di laman web www.okaidi.com mungkin akan menyebabkan maklumat berkaitan anda dikumpul dan disimpan, seperti : nama keluarga, nama, alamat email, nama dan umur anak-anak, nombor kad kesetiaan…”.

Maklumat ini adalah penting bagi kami untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti. Maklumat tersebut bertujuan untuk kegunaan dalaman kami.

Maklumat ini boleh dihubungi kepada pihak ketiga komersial yang dipilih khas oleh Okaïdi, kecuali jika anda menolak.

Fail-fail yang diurus oleh Okaïdi telah diisytiharkan kepada CNIL.

Selaras dengan arahan Eropah no. 94/46/CE bertarikh 24 Oktober 1995, berkaitan dengan perlindungan individu berhubung dengan pemprosesan data bersifat peribadi dan pergerakan bebas data, anda berhak mendapat capaian dan pembetulan untuk maklumat yang berkaitan dengan anda. Jika anda ingin menggunakan hak ini, sila menghubungi kami di alamat berikut :

Melalui email :
service-clients@okaidi.com

Melalui surat :
Okaïdi
Service Clients
162 bd de Fourmies
BP 615
59061 ROUBAIX CEDEX 1

France

Cookies

Apabila anda melawat laman web kami, cookies diletakkan dalam komputer, telefon atau tablet anda. Cookie merupakan fail teks yang diletakkan ketika melawati satu laman web atau apabila membaca iklan. Ia bertujuan mengumpul maklumat berkaitan dengan layaran anda dan mencadangkan perkhidmatan bersesuaian untuk anda untuk meningkatkan pengalaman layaran anda. Atas sebab itulah kami menggunakan cookies supaya mudah untuk mengenali anda dan membolehkan anda melog masuk akaun anda.

Jika anda tidak ingin untuk menggunakan cookies, anda perlu menukar tetapan komputer anda agar semua cookies daripada laman web dipadam dan/atau menerima pemberitahuan jika cookies disimpan. Jika anda tidak ingin menukar tetapan cookies, teruskan layaran anda di laman web.

Untuk mengetahui dengan lanjut mengenai cookies dan kesan-kesannya ke atas anda dan ke atas pengalaman layaran anda, sila merujuk laman web Suruhanjaya Eropah: http://ec.europa.eu/cookies/index_fr.htm

> Apakah jenis cookies yang kami gunakan ?


Cookies pengesahan :

Cookies ini adalah penting untuk mengesahkan diri anda dan untuk melog masuk akaun di laman web kami. Ia akan tamat apabila anda menghentikan sesi layaran.

Cookies prestasi :  

Cookies ini mengumpul maklumat secara sembunyi mengenai layaran di laman web. Ia membolehkan OKAIDI mengesan masalah yang mungkin berlaku dan menambahbaik layaran di laman web.

Cookies fungsian :  

Cookies ini mengumpul pilihan kesukaan anda dan memudahkan layaran anda di laman web (contoh : pilihan bahasa, rencana yang dirujuk, dsb).

Cookies iklan :  

Cookies ini yang dikenali sebagai  “pihak ketiga”, mengumpul secara sembunyi maklumat berikutan hasil carian anda. Ia membolehkan penyasaran iklan berdasarkan corak pembelian anda dan laman web yang dilawati.

Cookies yang berasal daripada laman web luar : 

Laman web kami mengandungi pautan yang membawa ke laman web lain yang menggunakan cookies. Untuk mengetahui dengan lanjut mengenainya, sila rujuk ke maklumat yang terdapat di laman web luar tersebut mengenai penggunaan cookies mereka.

> Bagaimana mengendalikan cookies di pelayar web ?

Bagaimana menerima atau menolak perletakan cookies di peranti anda ?

Cookies boleh dikendali melalui beberapa cara berbeza : berdasarkan tetapan anda, anda boleh membenarkannya, menolak penggunaannya, menyahaktifkannya (cookie yang telah diletakkan hanya boleh dinyahaktifkan, ia akan padam apabila tamat tempoh hayatnya). Kami ingin menarik perhatian anda bahawa penolakan muktamad penggunaan cookies boleh menyebabkan beberapa perkhidmatan kami tidak boleh dicapai atau mengakibatkan penggunaan kurang berprestasi, kurang efektif atau kurang sesuai dengan perkhidmatan kami.
Anda boleh menetapkan pilihan atau menukar tetapan melalui pelayar web anda :

Konfigurasi setiap pelayar web adalah berbeza. Sila rujuk kepada arahan pelayar web anda di bawah (pautan yang tertera tepat pada tarikh dokumen ini dikemaskini):

– Jika anda menggunakan Internet Explorer : http://windows.microsoft.com/fr-FR/windows-vista/Block-or-allow-cookies
– Jika anda menggunakan Safari : http://support.apple.com/kb/PH11913
– Jika anda menggunakan Firefox : https://support.mozilla.org/fr/kb/cookies-informations-sites-enregistrent#w_paramaetres-des-cookies
– Jika anda menggunakan Chrome : https://support.google.com/chrome/answer/95647
– Jika anda menggunakan Opera : http://help.opera.com/Windows/10.20/fr/cookies.html
– Jika anda menggunakan peranti berbeza, sila pastikan tetapan pelayar web diubah mengikut keinginan anda.

> Berapa lamakah tempoh penyimpanan cookies ? 

Tempoh penyimpanan cookies adalah selama 13 bulan maksimum.





Choose language